Nokia Yakin Akan Mula Menjual Peranti Windows Phone Seawal Tahun Ini
Nokia hari ini sekali lagi mengesahkan yang mana mereka yakin akan mengeluarkan peranti Windows Phone pertama mereka dan mula menjualnya pada tahun ini. Namun apa yang dinantikan oleh semua pengguna adalah dimana sehingga kini, pihak Nokia masih tidak mengumumkan sebarang perkara berkaitan dengan peranti Windows Phone daripada mereka.
Buat masa ini, ia masih tidak diketahui bilakah Nokia akan mengeluarkan peranti Windows Phone mereka, dan ramai menjangkakannya ia bakal dilancarkan dan mula dijual beberapa minggu selepas Nokia World pada bulan hadapan.Spesifikasi berkaitan dengan WIndows Phone daripada Nokia masih tidak diketahui. Namun salah satu perkara yang pasti adalah dimana setiap peranti Windows Phone bakal menyokong dan didatangkan bersama-sama dengan Nokia Map padanya.Sama-sama kita nantikan maklumat lanjutan berkaitan perkara ini tidak lama lagi.
Amanz.my
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment